Wednesday, October 13, 2021

Tanda - tanda bayi ada alahan dengan susu formula

Bukan nak dijadikan tapi kadang-kadang bayi kita ni ada alahan dengan susu formula. Untuk mengganti susu badan kita mesti cuba cari susu lembu dulu. Sebab itulah susu lembu ni menjadi alahan yang paling biasa di kalangan bayi. Banyak bayi yang mengalami alahan daripada susu lembu akan sembuh apabila  umurnya sampai 3 ke 4 tahun. Kadang-Kadang lagi awal pun ada.

Beberapa faktor yang boleh menjadi risiko tinggi terhadap bayi yang ada alahan jika terdapat ahli keluarga  ada mengalami masalah alahan semasa kecil atau bayi terdapat alahan lain seperti asma, ekzema atau resdung.

Tanda-tanda bayi mengalami alahan susu

1. Mengalami cirit-birit atau sembelit

Lepas minum susu cuba tengok najis dia, keras , lembut, kental, dan apa warna najis anak anda? Kalau bayi ada alahan kepada susu selalunya najis akan jadik cair atau sembelit. Kadang- kadang najis yang dikeluarkan ada darah padanya. 


2. Perutnya sakit atau kembung

Colic atau kembung perut adalah salah satu kesan daripada alahan. Reaksi bayi selalunya menangis nangis kerana rasa tidak selesa atau perutnya kelihatan kembung. Mula-mula boleh sapukan ubat untuk kurangkan rasa tidak selesa. Kalau nangis dia tidak berhenti berjumpa doktor dengan segera takut jadik teruk nanti.


3. Bayi ada bintik merah di kulitnya

Bintik merah pada kulit berlaku bila minum susu lembu atau bayi itu terdedah dipanas atau setelah dia berpeluh. Tapi bintik-bintik merah ni nampak berlainan antara alahan susu dan berpeluh.  


4. Bayi susah bernafas

Bayi akan mula rasa susah untuk bernafas kalau bayi itu ada alahan. Lendir pada saluran pernafasan akan terjadi dan akan ada bunyi apabila bayi bernafas (wheezing). Kadang-kadang simptom lain akan mula seperti, mata gatal atau merah, bersin dan hidung gatal.


5. Bayi muntah-muntah

Janganlah anggap kalau minum susu formula baru bayi akan muntah sebab belum biasa atau minum terlalu banyak. Kene tengok jugak kalau bayi muntah sebab dia tak rasa selesa di bahagian tekak. Kalau ada alahan pada susu lembu bayi akan rasa sukar untuk telan, nangis atau muntah semasa tengah minum susu tu. 


6. Badan bayi naik ruam

Ruam ni selalu jadik kat bayi sebab banyak je akibatnya. Ruam ni selalunya warna merah, kering, bersisik dan gatal. Kalau panas berpeluh pun boleh jadik ruam pada bayi. Tapi kalau ruam akibat alahan kene lah jaga-jaga. Kene tengok kalau cuaca tak panas duduk rumah tapi ada ruam selepas minum susu kenelah pergi check terus kat doktor. Ruam ni boleh mendatangkan risiko kesihatan kalau dibiarkan. Nanti boleh jadik jadik ekzema teruk atau asma.


7. Bayi mula batuk

Batuk ni biasa sebab banyak habuk di merata-rata tempat. Tapi kalau suara bayi anda dah serak dan sering batuk lepas minum susu cuba berhenti minum susu dan cuba susu lain. Tak boleh pandang remeh kalau bayi anda mula ada tanda-tanda ni.


8. Hidung atau mata bayi mula berair

Reaksi alahan selalu bermula pada mata dan hidung bayi. Kene tengok lepas minum susu, ada tak hidung atau mata berair. kalau ya cuba berhenti dan tukar susu lain.


Cuba tukar susu Novalac Novarice





Novalac Novarice ni susu kegemaran saya sebab bayi saya dulu ada alahan kepada susu lembu sampai dia umur 8 bulan dah okay dah. Ada bayi yang kurang sesuai minum susu formula dari lembu atau soya kerana mengakibatkan alahan. Jadik nak cadangkanlah susu Novarice ni sebab dia diperbuat dari protein beras yang mempunyai nutrisi lengkap dan sesuai untuk bayi yang mengalami alahan.

 

Novarice juga sesuai dengan bayi dengan intoleransi laktosa atau kekurangan protein

 

Novarice merangkumi semua keperluan pemakanan bayi sejak lahir dan seterusnya. Selepas 6 bulan Novarice akan menjadi sebahagian daripada diet bayi anda.

 

Jadi kalau babi anda ada masalah alahan boleh lah cuba susu ni. Confirm tak menyesal .

 

Novalac NovaRice adalah pemakanan lengkap yang sesuai untuk bayi sejak lahir hingga 12 bulan.

 

Maklumat nutrisi

• Bebas laktosa

• DHA & ARA

• 5 nukleotida

• Asid Lemak Penting - asid α-linolenat dan asid linoleik

• 13 Vitamin - Vitamin A, D, E, K, C, B complex, Biotin, Niacin, Folic Acid, Pantothenic Acid

• 12 mineral - Natrium, Kalium, Klorida, Kalsium, Fosfor, Magnesium, Besi, Zink, Iodin, Tembaga, Mangan, Selenium

• Nutrien lain - Choline, Inositol, L-carnitine, Taurine

 

Kalau rasa2 nak cuba boleh cari kat shopee official shop dia orang kat link di bawah

https://shopee.com.my/Novalac-Novarice-(800g)-i.218900349.6730062021




No comments:

Post a Comment

Tanda Ganguan pencernaan

Pernah tak tiba bayi awak macam cerewek dengan susu atau makanan yang awak bagi? Tiba-tiba rasa tak selesa ter pusing pusing lepastu tiba-ti...